Raya Horray!

Assalamualaikum,,and Selamat Hari Rayaa!

Today dah pun raya ke empat. Sekejap je masa berlalu. Memandangkan sekarang ini tengah raya so entri pon kena pendek2 je. Takde masa nak taip lama lama hehe. Raya ke empat ni dah sempoi sikit, breakfast makan meggi, baju pon baju masuk dapur je haha. Tak macam raya first, breakfast makan ketupat, baju pakai baju cantik cantik. Nice je.
Pada hari raya pertama, family kami just berada dirumah je sebab ada marhaban. Selesai je marhaban terus bergerak ke Batu Pahat. Haaa,,bukan nak g shopping tau, ni nak balik kmpung belah mak. Sebelum tu singgah Labis untuk beraya rumah sedara. Kami bermalam di Batu Pahat then esoknya barulah bergerak pulang. And and and sebelum sampai rumah, mestilaa pergi beraya di Tasek Alai, Segamat. Haa,,ni rumah sedara mara belah ayah pulak. Tapi sedih sebab tak ziarah kubur arwah atuk and nenek. Al-Fatihah.
Sesampainya di rumah, Nuna datang beraya hihi. Sekejap jelaa tapi then ptg sikit tu family arwah mak long bertandang pulak sampai 5buah kereta. Wah penat tak penat laa kan haha. Lepastu malam sikit datang lagi tiga buah kereta family pakcik ya pulak. Bila semua dah balik barulah family pak lang aku datang 5buah kereta jugak. Tapi yang paling meriah tu dorg tidur kat rumah aku. Peh pehh memang penuh gila laa kan rumah aku. Semua bilik, hall atas bawah penuh. FULLY BOOKED orang putih kata haha. 
Pada hari raya ke tiga pulak ingatkan nak rehat but ada lagi sedara dari gemereh datang. Daripada duduk rumah takde buat apa-apa so kami sekeluarga pon join sekali beraya di Medoi, Bukit Siput and mana mana ntah lagi haha. Best sangat sangat. Macam ini laa baru dapat mengeratkan silaturahim yedak? haha. 
Okaylah, meggi pon dah habis so sampai di sini jelah laporan raya saya, Khadijah daud, tibi 10. M E R E P E K !


-SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN-

No comments: