Hamba Allah yang lemah

Assalamualaikum.

Entri kali ini lebih kepada luahan hati seorang hamba Allah yang lemah. Seorang hamba Allah yang tidak kuat apabila berhadapan dengan dugaan dan cabaran. Seorang hamba Allah yang mudah menitiskan air mata jika hatinya terluka. Seorang hamba Allah yang banyak kekurangan pada dirinya. Seorang hamba Allah yang rapuh imannya jika diuji dengan dugaan yang maha berat. Seorang hamba Allah yang ada hati dan perasaan. Ini kisah seorang hamba Allah…

Pada suatu hari yang cerah, si ibu mendapat panggilan dari seorang anak lelakinya. Anak lelakinya meminta si ibu untuk datang ke sekolah untuk mengambil telefon bimbitnya yang dirampas oleh guru di sekolah itu. Si ibu amat sedih. Tanpa membuang masa, si ibu mengajak si anak perempuannya untuk berjumpa guru di sekolah itu untuk menuntut telefon bimbit si anak lelakinya. Sesudah siap segala urusan telefon bimbit itu, si ibu melepaskan keluhan berat dan dilihat akan anak perempuannya. Si anak perempuan kasihan melihat si ibu.

Malang tidak berbau. Si anak perempuannya telah menyebabkan wajah si ibu yang tersenyum lega bertukar sedih yang teramat sangat. Kereta yang dinaiki hilang kawalan dan merempuh pagar sekolah itu. Dalam hati si anak perempuan tidak habis habis mengucap, meminta maaf pada si ibu dan si ayah. Dalam fikirannya pula timbul seribu satu penyesalan. Keadaan menjadi rumit apabila berkait dengan harta benda sekolah/kerajaan. Si anak perempuan harus bertanggungjawab. Pejabat sekolah harus dituju. Segala kesulitan telah pun dibincang dengan pengetua sekolah itu. Hati si anak perempuan tidak gentar berhadapan dengan pihak sekolah tetapi jauh di sudut hati yang paling dalam, si anak menangis kerana menyusahkan dan membuat si ibu dan si ayah risau.

Si ayah telah diberitahu oleh guru disekolah akan kejadian itu dan meminta ganti rugi akan kerosakan pada pagar tersebut. Hati si anak perempuan menangis lagi. Si anak perempuan membayangkan si ayah yang sedang bertungkus lumus mencari wang untuk menghantar anaknya itu ke menara gading. Untuk membuat persediaan raya yang akan tiba tidak lama lagi. Walaupun dalam keadaan berpuasa sekalipun, si ayah tidak pernah merungut untuk mencari rezeki untuk anak anaknya. Baginya, kebahagiaan anak anak nya adalah kebahagiaannya. Maafkan anakmu wahai ayah…

Dengan kerosakan yang teruk dibahagian hadapan, kereta dipandu perlahan meninggalkan perkarangan sekolah. Si ibu disebelah dipandang sekilas. Seakan akan ternampak sendu yang dipendam. Maafkan anakmu wahai ibu…  
Si anak perempuan sedar bahawa maaf sahaja tidak cukup untuk menebus segalanya untuk jadi seperti sedia kala. Si anak perempuan juga sedar bahawa dia telah banyak menyusahkan si ibu dan si ayah, insan yang paling penting dalam hidupnya. Sesungguhnya si anak perempuan juga manusia biasa. Tidak lari dari membuat kesilapan. Si anak perempuan sedar..,sesungguhnya dia tidak kuat. Ya dia tidak kuat. Tidak kuat menghadapi dugaan ini.

Kepada siapa hendak diluah perasaan dihati? Kepada siapa hendak mengadu? Tidak dinafikan pada saat saat begini si perempuan itu tadi amat teramat rindu pada seorang pemuda yang jika dahulu selalu dan sentiasa ada disisi si perempuan ini. Mendengar segala keluh kesah segala masalah dan kesulitan yang dihadapi si perempuan. Sentiasa memberi sokongan dan nasihat agar si perempuan tidak sedih lagi. Tetapi kali ini si pemuda tiada. Tiada disisi si perempuan. Tiada…

Ya si perempuan sedar dia harus bangkit. Si perempuan sedar memang tidak sepatutnya dia bergatung harap pada orang lain. Si perempuan ini juga hanyalah seorang hamba Allah yang lemah. Seorang hamba Allah yang tidak kuat apabila berhadapan dengan dugaan dan cabaran. Seorang hamba Allah yang mudah menitiskan air mata jika hatinya terluka. Seorang hamba Allah yang banyak kekurangan pada dirinya. Seorang hamba Allah yang rapuh imannya jika diuji dengan dugaan yang maha berat. Seorang hamba Allah yang ada hati dan perasaan.

Di tikar sejadah si hamba Allah ini mengadu. Di tikar sejadah juga si hamba Allah meluahkan segala beban yang tak tertanggung olehnya. Di tikar sejadah jua lah si hamba Allah itu menangis semahu mahunya. Di tikar sejadah itu..
“ Ya Allah Ya Rabbi , engkau kuatkanlah hati hambamu yang kerdil ini agar dapat menempuh segala dugaanmu Ya Allah . Engkau peliharalah keluargaku . Engkau peliharalah seluruh umat muslimin dan muslimat di dunia ini Ya Allah . Kurniakanlah kami rezeki yang halal . Jika rezeki kami jauh , engkau dekatkanlah. Jika rezeki kami dekat , engkau permudahkanlah ia . Ya Allah , jauhkanlah perkara perkara yang tidak diingini berlaku Ya Allah . Jauhkan lah kami dari bala dan bencana .  Dan permudahkan lah urusan kami di dunia dan di akhirat kelak . Amin amin Ya Rabbal Alamin ”

No comments: