Hari Ini Hari Raya !

Assalamualaikum...


Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira


Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa


Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi


Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri



SHRAMZB :))



opocott!

haiii.
entri ni agak mengejut sebab tak bagi salam.hahaha.okay aku da ngantuk actly but aku nak jugak post benda nih.baru je kejap tadi aku dapat satu word yang dah lama aku tunggu.it have been 1 year bebehh.baru sekarang aku dapat word tuh balik.thankss a lot !

happy eid aidilfitri

SALAM AIDILFITRI SEMUA !!!!!!!!!!!!!!!



Ceh beria.

Macam tak sangka pulak esok raya. Hoho. Aku rase aku sorang je kot tak rasa. Kemain aku tengok kat facebook kat twitter kat blog sume asek dok cite sal raya. Bla bla blaa… okay FYI ni first entri aku pasal raya. Hihi. So kena excited sikit.
YEAH!

Mari kita mula. Memandangkan tahun ni puasa fully kat rumah so bahang raya tuh agak kuranglah aku rasa. Kalau kat hostel dulu dulu memang seronok. Masing masing tak nak kalah bukak lagu raya kuat kuat sampai bleh roboh hostel tuh. Kahkah. Bila time berbuka jek sebok nak g bazaar ramadhan. Walhal bukan nak beli pon. Saje cuci cuci mate. Hoho. Pastu kalau pergi outing tak sah kalau tak beli kad raya. Kad raya pulak bentuk duit lah bentuk phone lah bentuk bentuk lah. Haishh macam macam. Dalam kad raya tuh sebok nak sedekah bagi duit raya satusen tampal dalam kad raya tuh. Haha. Korang pernah? Ke ade sape yang siap letak bedak sgale bagai kat kad raya tuh? Haha. Sokay lah. Tuh semua creativity memasing kan. Aku tahu rakyat Malaysia nih memang semuanya creative temasulah aku. Hihi.
Okay tak caya ke? Let me prove
Tadaaa….


Cantik kan? Hee.
Okay actually kad raya ni aku buat sendiri. Hand made okay. Tak nampak tuh? Siap tuliss kodd. Haha. Last week aku dapat satu kad raya dari cousin bucuk bucuk aku nihh. Nama dia sarah. Nak kenal? p UiTM Segamat sane. Haha. Okay okay berbalik cerita kad raya tuh. Dah dia kasi kan so tak kan la aku nak buat bodo jek. So aku pon recycle jek benda benda yang ada kat rumah aku tuh. So jadilah kad raya 100% handmade aku nihh. Hihi. Cousin aku pos baik punya betul betul sampai depan rumah aku. Terima kasih abang posmen!
Err..
Salah.
Terima kasih sarah sayangg muah muah. Haha.
Okay ni kretiviti aku yang ke dua !

Look look , its shine so beautiful . auwww
Inilah dia, kalau aku dah gila memang sume benda aku nak snap. Bayangkan time kemas rumah pon sempat kan deeja. Huh. Hape pon tak bleh! Eh ehh tuka tuka. Hape pon bleh! Hee.

Alahaii..aku still tak rasa suasana raya lah. Please help me!! *gaya org gila
Dah macam macam cara aku buat untuk naikkan feel tuh. Contohnya :
Bukak lagu raya
Kemas rumah
Pasang lampu liplap liplap. Ehemm. Macam kat atas tuh.
And soo on…
Tapi tetap sama. TIADA FEEL RAYA !
Okay feel hari merdeka?
Nope!huh
Okay okay. Feel merdekaraya?
Haha. Ade ea? Eh mestilah ade. Mak aku yang wujudkan. Ce usha gamba nihh.


Haa.,,lampu liplap liplap tuh aku yang pasang. Bendera tuh mak aku punya keja. Err asal kecik mak? Hahaha. What everlah. Janji hade. Kau hade??

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA kepada semua warga Malaysia. For readers kesayangan, aku invite special dari blog ke blog nihh. Ceh mcm hade jek ayat tuh. Papelah janji rock bebehh. So datanglah rumah aku yerr. Kalau sudilah. Tingkap sentiasa terbuka. Huhu. Ini kes invite guna kaki nihh. Hahaha. Tak adalah. Gurau saje.

Bagi yang ada terasa or terkecil hati dengan tuan punya blog nih, aku nak mintak maaf sangat sangat dari hujung rambut kutu hinggalah kuku cegon aku nih. Hhhohoho. Halalkan segala makan minum sama ada sedap ke tak sedap ke janji kenyang tuh aku mintak halal sangat okay. Peace no war dari aku. Haha.
HAPPY EID . HAPPY EID . HAPPY EID . HAPPY EID . HAPPY EID . HAPPY EID
*konon konon tulisan bergerak. kahkah.


Kesinambungan kisah si hamba Allah


Haii,,,

Em nak mulakan dengan apa dulu yer? Actually banyak banyak sangat yang aku nak story tapi kang korang bosan pulak nak bace. Ye dok? So aku decide nak cerita pasal hamba Allah tuh. Eh eh korang dah bace belum pasal hamba Allah tuh? Kalau belum boleh la baca kat sini. Ehemm korang tau tak siapa sebenarnya hamba Allah tuh? Nak tau? Jap.















Aku lah orangnya ! hohohoo..


Okay masetuh tengah sedih so entri pon cam bosan plus menyampah jek nak bace kan kan? Haha. Eh kalau korang sayang aku, aku HARAMkan korang menyampah bace blog aku.(ayat ugut) Hehehh. Over sikit.
Right! Korang da tau kan sape yang sengal ayam pegi langgar pagar sekolah tuh kan? Aduss macam hape dah aku. Bawak kereta pon boleh careless. Walhal ade lesen tuh. Ehemmmmmm (berdehem keras) bukan lesen agung or lesen mak bapak kasi or lesen L tau. Ini lesen P punya. Fresh dari ladang. Haha.
Okay nak di pendekkan cerita, di sebabkan kejadian tu aku terus merajuk ngan semua orang. Kecuali mak aku. Hehe. Mana taknya aku merajuk, kau bayangkan aku dalam bilik dengar dorang sembang baik punya pasal exsiden tuh. Aku pergi mandi aku denga lagi. Aku makan pon aku denga lagi dan lagi. Err makan? Masa berbuka lah. Haha.  Okay nak dikatakan 24hour dorang dok cerita pasal aku dan nasib malangku itu. Huh! Naik nanah dah denga. Yang mak aku kompem kompem lah backup aku. Hehe.
Paling aku menyirap sekali dengan kakak aku. Dalah tempayan dua muka. Ehh tempayan ea? Macam tak kena jek? Apa word yang betul ek? Tulunn…haha. Deeja deeja, kate BM dapat  A+ ? Kahkah. Kakak aku tuh sebok nak mengapi apikan ayah aku. Nasib baik laa ayah aku senyap jek. Ayah aku tak penah sebut sebut pon pasal kereta tuh kat aku. That’s why I love my dad so strong!

“kau exciden?”
“aah.haha”
“kat mana?mcm mana bleh jadi camtu?”
“kat depan sekolah.haisehh ntah mcm mane ntah.tau tau dah selamat langgar pagar tuh.haha”
“abis ayah kau marah tak?”
“err (tak sempat nak buka mulut)”
“elehh.ayah kau manelah nak marah ek..”

Marah? Aah kan. Ayah aku tak pernah marah gila gila. Seingat aku, paling latest aku kene bantai mase darjah 2 or darjah 1 macam tuh laa. Wahh lama gila tak kena bantaii. Ceh cakap macam nak jek kann. Haha. Okay okay tak mahu. Dan bila kau menghilang..eh ni lagu bunkface.sory sorry. Dan bila aku dah membesar 159cm nih aku jarang and tak pernah kena pukul. Mak aku lagilah. Sumpah der dia tak pernah SEKALI pon bantai aku. Kadang kadang aku dengar cerita dari membe membe yang dulu mase kecil kecil, dorang selalu kene pukul guna batang paip la hanger lah. Huh! Cuak aku. Nasib and syukur sangat aku belum and tak pernah kena lagilah. Hehe. Peace :))
Ayah aku ada juga try nak pujuk aku then aku serba salah sangat. Ayah nak belanja baju raya. Yeayyy!!! Tapi aku tolak. Sokay lah baju aku pon banyak and boleh digunakan lagi. So buat apa nak mambazirkan? Ceh walhal rase bersalah habiskan duit ayah kat pagar sekolah tuh. Huh! Cenabeng punya pagar. Kan dah aku takda baju raye. Huhu.
Okay lagi satu. Nak tengok kereta ayah aku dah macam hape tak? Ish jangan Tanya deeja.nanti dorang KATAKAN TIDAK macam mana? Haha. Kan dah kantoii syok sendiri. Ye dok? Seriously aku nak juga tunjuk. Hihi.
Taaadddaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!
Fine! Tak lah serius mane.huhu.

Pernah denga pasal wordless wednesday?


Haii :))

Muahhh !


*ini bukan contoh wordless wednesday,
tapi wordless friday . LOL.


Hamba Allah yang lemah

Assalamualaikum.

Entri kali ini lebih kepada luahan hati seorang hamba Allah yang lemah. Seorang hamba Allah yang tidak kuat apabila berhadapan dengan dugaan dan cabaran. Seorang hamba Allah yang mudah menitiskan air mata jika hatinya terluka. Seorang hamba Allah yang banyak kekurangan pada dirinya. Seorang hamba Allah yang rapuh imannya jika diuji dengan dugaan yang maha berat. Seorang hamba Allah yang ada hati dan perasaan. Ini kisah seorang hamba Allah…

Pada suatu hari yang cerah, si ibu mendapat panggilan dari seorang anak lelakinya. Anak lelakinya meminta si ibu untuk datang ke sekolah untuk mengambil telefon bimbitnya yang dirampas oleh guru di sekolah itu. Si ibu amat sedih. Tanpa membuang masa, si ibu mengajak si anak perempuannya untuk berjumpa guru di sekolah itu untuk menuntut telefon bimbit si anak lelakinya. Sesudah siap segala urusan telefon bimbit itu, si ibu melepaskan keluhan berat dan dilihat akan anak perempuannya. Si anak perempuan kasihan melihat si ibu.

Malang tidak berbau. Si anak perempuannya telah menyebabkan wajah si ibu yang tersenyum lega bertukar sedih yang teramat sangat. Kereta yang dinaiki hilang kawalan dan merempuh pagar sekolah itu. Dalam hati si anak perempuan tidak habis habis mengucap, meminta maaf pada si ibu dan si ayah. Dalam fikirannya pula timbul seribu satu penyesalan. Keadaan menjadi rumit apabila berkait dengan harta benda sekolah/kerajaan. Si anak perempuan harus bertanggungjawab. Pejabat sekolah harus dituju. Segala kesulitan telah pun dibincang dengan pengetua sekolah itu. Hati si anak perempuan tidak gentar berhadapan dengan pihak sekolah tetapi jauh di sudut hati yang paling dalam, si anak menangis kerana menyusahkan dan membuat si ibu dan si ayah risau.

Si ayah telah diberitahu oleh guru disekolah akan kejadian itu dan meminta ganti rugi akan kerosakan pada pagar tersebut. Hati si anak perempuan menangis lagi. Si anak perempuan membayangkan si ayah yang sedang bertungkus lumus mencari wang untuk menghantar anaknya itu ke menara gading. Untuk membuat persediaan raya yang akan tiba tidak lama lagi. Walaupun dalam keadaan berpuasa sekalipun, si ayah tidak pernah merungut untuk mencari rezeki untuk anak anaknya. Baginya, kebahagiaan anak anak nya adalah kebahagiaannya. Maafkan anakmu wahai ayah…

Dengan kerosakan yang teruk dibahagian hadapan, kereta dipandu perlahan meninggalkan perkarangan sekolah. Si ibu disebelah dipandang sekilas. Seakan akan ternampak sendu yang dipendam. Maafkan anakmu wahai ibu…  
Si anak perempuan sedar bahawa maaf sahaja tidak cukup untuk menebus segalanya untuk jadi seperti sedia kala. Si anak perempuan juga sedar bahawa dia telah banyak menyusahkan si ibu dan si ayah, insan yang paling penting dalam hidupnya. Sesungguhnya si anak perempuan juga manusia biasa. Tidak lari dari membuat kesilapan. Si anak perempuan sedar..,sesungguhnya dia tidak kuat. Ya dia tidak kuat. Tidak kuat menghadapi dugaan ini.

Kepada siapa hendak diluah perasaan dihati? Kepada siapa hendak mengadu? Tidak dinafikan pada saat saat begini si perempuan itu tadi amat teramat rindu pada seorang pemuda yang jika dahulu selalu dan sentiasa ada disisi si perempuan ini. Mendengar segala keluh kesah segala masalah dan kesulitan yang dihadapi si perempuan. Sentiasa memberi sokongan dan nasihat agar si perempuan tidak sedih lagi. Tetapi kali ini si pemuda tiada. Tiada disisi si perempuan. Tiada…

Ya si perempuan sedar dia harus bangkit. Si perempuan sedar memang tidak sepatutnya dia bergatung harap pada orang lain. Si perempuan ini juga hanyalah seorang hamba Allah yang lemah. Seorang hamba Allah yang tidak kuat apabila berhadapan dengan dugaan dan cabaran. Seorang hamba Allah yang mudah menitiskan air mata jika hatinya terluka. Seorang hamba Allah yang banyak kekurangan pada dirinya. Seorang hamba Allah yang rapuh imannya jika diuji dengan dugaan yang maha berat. Seorang hamba Allah yang ada hati dan perasaan.

Di tikar sejadah si hamba Allah ini mengadu. Di tikar sejadah juga si hamba Allah meluahkan segala beban yang tak tertanggung olehnya. Di tikar sejadah jua lah si hamba Allah itu menangis semahu mahunya. Di tikar sejadah itu..
“ Ya Allah Ya Rabbi , engkau kuatkanlah hati hambamu yang kerdil ini agar dapat menempuh segala dugaanmu Ya Allah . Engkau peliharalah keluargaku . Engkau peliharalah seluruh umat muslimin dan muslimat di dunia ini Ya Allah . Kurniakanlah kami rezeki yang halal . Jika rezeki kami jauh , engkau dekatkanlah. Jika rezeki kami dekat , engkau permudahkanlah ia . Ya Allah , jauhkanlah perkara perkara yang tidak diingini berlaku Ya Allah . Jauhkan lah kami dari bala dan bencana .  Dan permudahkan lah urusan kami di dunia dan di akhirat kelak . Amin amin Ya Rabbal Alamin ”

Kisah dunia per-COUPLE-an

Entri kali ini menjebakkan aku dalam dunia perkapalan. Eh silap pulak. Aku ulang lagi sekali , dunia per-couple-an. Ada ke word cenggitu? Haa lantak lah. Kalau aku taip tanpa sengkang karang jadi lain pulak. Dunia percouplean. Huh?


Kenapa aku kata enti kali ini mencabar keimanan ketakwaan kesopanan dan kesusilaan aku betul? Sebab aku terpaksa menjebakkan diri aku dalam dunia perkapelan. Haisehh kenapalah aku pilih tajuk nih kan. Ada papelah tu..hihi. Tak nak share? Sharing kan is caring. Em takpelah. Biar le kawan mau simpan rahsia ni dalam hati jew. Haha.




Korang penah tak kapel? Mestilah penah kan. Tengok muke je aku da tau dah. Tak payah nak kabo. Haha. Jap jap, ade yang sensetip plus allergic tak dengan tajuk entri ni? Aku bukan ape, aku takut tak pasal pasal aku kena maki karang. Tak pon masti ade propaganda kite bakoo je kite bako jee.. haii naya aku.




(^.^)  buat muka comel jap.




Dalam dunia ni ramai sangat yang cantik cun melecun ayu hansome kacak macho dll. Setiap manusia Allah cipta sebaik baik kejadian. So korang kenalah beruntung dengan keistimewaan yang ada pada korang tuh. Janganlah if dah cun sikit mulalah nak angkat hidung. Dah kacak sikit mula nak angkat muka. Dah hot sikit mulalah angkat kaki. Eii kang ada jugak aku angkat tangan kang! Haha.


Pernah perasaan tak situasi ni?


Q : you ada boyfriend?


Ayat org hot yang laku bak pisang tanduk digoreng :
   A : mestilah i ade.pelik jek kalau i tak ade boyfriend.


Ayat orang perasan hot kebebehh tapi tak laku laku :
   A : i single sekarang.tak mainlah kapel kapel nih.excuse me!


Ayat orang tak hot tapi laku (ala ala wanita melayu moden laa) :
   A : ade.alaa biase biase je.


Ayat org tak hot and tak laku. Huh sadiss -.-" :
   A : sibuk je nak jaga tepi kain org!


Haa,,kan dah kene marah. Padan muka. Aku dah kata awal awal dah. Mesti ada punya yang tengah allergic nihh. Haha.


Biasalah tu. Masa couple semuanya indah bak pelangi petang tak hilang hilang kan. Then bila putus, sibuk nak emo emo. Perli sana perli sini. Tak cukup kat facebok, kat twitter blog semua nak tulis. Pastu angin jek satu badan. Sampaikan aku nak tanya pon kena marah. Ish ishh ishhh tak patut tak patut. Cubalah open minded sikit.


Allah akan pertemukan kita dengan orang yang salah barulah kita dipertemukan dengan orang yang betul. So percayalah, takde gunanya korang nak bermasam masam muka dengan ex’s korang tuh. Cecehh deeja. Macamlah bagus sangat! Lempang gigi kang. Hahahahha.







Saya ada terbaca 1 post nih ......
  
Message ringkas al-kisah pasangan bercouple..




SEBELUM COUPLE :


L: ye! abg dh lme tnggu saat nie!
P: abg nk tngglkn syg ke?
L: mestilah x? tolong jgn fkir mcm 2. xmngkin trjadi!!
P: abg cntakn sygkan?
L: ye,tiap hari.
P: abg prnh tipu syg x?
L: X! nape syg sllu tnye cm2?
P: abg akn selalu kluar dengan syg tk?
L: stiap kali ada pluang abg tk kan lepaskn.
P: abg akn pkul syg?
L: giler ke?abg bkn llaki cm2!
P: bleh ke syg prcyekn abg?
L: yaa!
P: syg!

SELEPAS COUPLE:
baca dari bawah hingga atas



Hampehh punya jantan. Haha.

Aku tak nafikan yang bukan semua lelaki ni jahat. Maybe dia ada reason yang tersendiri. Haa pasal reason tuh aku malas nak komen. Karang sedap sedap komen kang tak sedar terperli diri sendiri. Hihi.
Yang perempuan pula aku tak kata semuanya baik. Aku bukan nak menyebelahi sesiapa. Aku just cakap apa yang aku rasa. Name pon blog aku, suka hati akulah nak tulis ape.haha. Em sebab aku dulu jahat sangat. That’s why sekarang kene tinggal. Bhahahahhaha. (padan muka)
Kat sini aku just nak nasihatkan korang tak kisahlah lelaki ke perempuan, TOLONG lah. Tolong hargai orang yang menyayangi korang. Bak kata nunayounique :


So apa lagi? Tak payah nak termenung termangu mangu kat depan laptop tuh. Cuba renungkan apa yang aku bagitahu ni. Aku hope korang tak akan menyesal satu hari nanti okay. Hmm,, apa yang aku nak sampaikan dah pon aku sampaikan. Sekarang masa untuk zzZZ! Haha.
tata :) 

kursus di UPM

Lama kan aku tak update blog? Haha. Nampak tak header aku tuh? Agak lama lah aku nak betulkan header tuh tapi still tak jadi. Sedihh wuhuuu.. Ade sape nak tolong betulkan tak? Hihi. Tak dinafikan aku memang jenis GATAL TANGAN. Ouwyeahh! Gatal bukan sebarang gatal tau. Ini gatal tangan yang punya. Hhaha. Okaylah. Disebabkan dah lama sangat aku betulkan tapi tak jadi jadi so aku dah fed up. Huh! Biarlah camtu jek kan. Senang tak adelah pening pening kepala. Okay.

Tujuan entri aku kali ni sebab nak buka cerita kedai kopi yang aku pergi selama tiga hari dua malam di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari tu. Okay cuba tengok ni :


15ogos : aku dapat call dari pejabat felda pemanis. Si mona tuh kata aku ditawarkan untuk mengikuti kursus untuk anak anak felda yang baru nak masuk university. Ohh. Okay bila tuh? 18hb sampai 20hb. Itu saja information yang aku dapat. Em err aku still blur!
16ogos : si mona call balik sebab nak confirmkan aku nak follow kursus tuh ke tak. Okay lagi skali aku blur. Tapi aku tetap jawab YA. Haha. Bab kursus kem ntah bende bende lagituh memang aku tak boleh tolak. Haha. Nasib baik jiran belakang rumah aku pon dapat. So tak ada masalah lah nanti.
18ogos : pagi pagi lagi aku dah bangun beria bagai sampai tak sempat nak sarapan. Ceh macam boleh pulak sarapan kan. Haha. Rupa rupanya ramai sangat yang pergi. Boleh buat reunion sehh. Jap jap aku senaraikan nama yang bertuah sangat tuh okay.

Ili nor ilmi (seri kenangan)
Nurnabilah tumin (seri kenangan)
Nor farsha (seri kenangan)
Nor fara ikma (seri kenangan)
Zuraini noh (seri kenangan)
Ruhaidah misman (seri kenangan)
Az-zahrah (matrikulasi selangor)
Nur farain (jiran aku.hihi)
Dll.
Haha. Takdalah ramai mana. Saja aku memang suka buat cerita gempak gempak nih. Kahkah. Okay dah dah. Senyap deeja. Aku nak mula cerita dengan serius nih.







(30 min telah berlalu)

Okeh. Baru aku tahu detail pasal kursus nih. KURSUS INDUKSI PERMUAFAKATAN SISWA/SISWI FELDA (PERSADA). Masa pendaftaran tuh barulah kami diberi tentatif yg lengkap. Segala aktiviti dibuat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Huh panjangnye nama. Okay aku pendekkan,PKKSSAAS. Em biaselah semua aktiviti kan mesti dalam kumpulan kan. So aku tergolong dalam zon pantai timur. Dalam zon pantai timur ni terdiri dari student yang akan masuk UMT,UMP,UMK,UNISZA. Okay nak dipendekkan cerita, untuk 18ogos ni je aku da belajar banyak sangat benda.

19ogos : Okay korang tak tahu lagikan siapa faci untuk group aku? Nama dia muhaimin dari UMP. Untuk aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) semuanya muhaimin yang handle. Okay mesti korang pelik kenapa aku sesedap mulut jek panggil muhaimin kan? Tak ada word abang depan tuh sebab dia yang suruh. Haha. And nak diikutkan die just suruh panggil yon jek. Simple. “I’m not threat you like a kids” tuh laa ayat die. Sempoii jek. If dapat faci yang seronok mestilah tiap kali LDK seronok kan. So tuh la yang aku rasa.
Eh lupa pulak nak cerita pasal sorang lagi faci nih suara dia sebiji awal ashaari. Fuhh boleh tangkap lelehh seh bile denga lama lama. Haha. “kenapalah korang suka sangat lagu anok udang nihh?” ni pulak ayat die yang aku tak boleh lupa. Mana taknya,bila vvip masuk dewan mesti lagu anok udang berkumandang. Nanti ade jelaa suara suara sumbang sumbing yang nyanyi. Haha. Agak agak korang lagu anok udang tuh macam mana?
Okay jom kita nyanyi sama sama,
Anok udang udanglah udangya
Silang ini lah ketika tika ini
Anok udang menyusurlah turunlah
Anok teruna turunlah turun setana

Sama juang di anjung dondang sini
Anok udang udanglah udangya
Beduang serulah nok udang
Belukar semok
Dekat situlah nok udang
Belukor semok

Anok udang udanglah udangya
Walau abang setana
Dok nok bang weh
Udang ini anok udanglah udangya
Mata bertimang nok bertimang
Dondang maya

Undur gheteklah berjalan
ke belakang ghetek
Ke depan setapoklah
ke belakang tiga tapok
Anok udang udanglah udangya
Itu saja panduang beduang seru

Haha. Ternganga korang. Ni lagu rakyat Terengganu lah. Haha.
20ogos : okay mesti korang ingat pagi ni kiteorg balik kan? Actually tak pun. Huhu. Kursus ni habis lepas buka puasa. Dalam pukul 6 tuh ada majlis penutup. Em hari ni sungguh tak best sebab TIADA LDK! Huh sedih tau. Semua vvip nak kasi talk so terpaksalah cancel semua LDK. Masa talk tak boleh bercakap dan tidur. Okay faham kan? Nak aku ulang lagi sekali? Tak boleh bercakap dan tidur. Haha. Seriously bosan sangat. And nak tahu tak aku pon mula demam malam tuh then aku tak ikut jejalan pergi the mines. Huhu rugi sangat sangat.
21ogos : then pagi pagi lagi tepat jam 7 pagi kami gerak balik. Tata UPM :))

Em okay aku nak buka kaunter titian kasih nih. Ada sapa sapa yang rindu nab , ili , zuraini , ruhaida , faraikma ? okay senang je. Korang selam lah puas puas gambar ni okay. Sampai terkeluar muntah hijau pon aku tak kisah. Hihi.


Err gamba ili tuh paling mahal. So jangan rembat okay. Haha.
Dah puas selam dah? terubat tak rindu? Okay sekarang bagitau rindu siapa pulak..
 TETTTT!!MASA DAH TAMAT.HAHA.
okay okay memain jek. Aku tau korang rindu aku kan? So tatap lah gamba nih puas puas okay. Jangan sampai terjatuh hati sudah lah. HAHA.

okay cukup comel ! haha
. . .



Ada masa walaupun untuk jengah jengah

Pegi mohon PTPTN sane !! Aduss malasnye . Nanti boleh tak ? Esok pagi lah . Alaa , tarikh tutup lama lagi . Ape ade hal .


Haa , tulah sipat tak bermoral aku . Benda benda penting aku buat endah tak endah jek . Korang jangan ikut jejak langkah besO aku nih . Haha .


Tapi yang aku pelik , untuk online buka FB buka BLOG buka TWITTER buka TUMBLR semuanyaaaa sempat . Walaupon jam dah angke 2:19 pagi . Haha . Ini lagi satu sipat lipat aku yang korang tak wajib ikut okay .

If online bukan buat apa apa pon . Just saja jengah jengah . Itu pon ade laa dalam tiga empat kali aku jengah benda yang sama dalam sehari . Kalau untuk jengah jengah kompem banyak masa . Haha . Apa ? Korang pon ? Haha . Adat lerr tuh .

Buih buih cinta

Buih buih cinta ?
Apa itu buih buih cinta ?
Buku cerita ea ?
Ke perasaan aku sekarang ni ?



Haha . Tajuk entri nak gempak kan . tak nak kalah . Haha . Buih buih cinta ? Haa apetuh ? Ehem sapa yang sedang dilamun cinta kat luar sana boleh laa buat satu entri pasal cinta cinta korang . And then tajuk mesti buih buih cinta tau . Panjang karangan hendaklah tidak kurang 3 perkataan dan tidak lebih lebih dua tiga page . Haha . Takde lah saja memain . Gurau pagi pagi ni pon best jugak walaupon da tahu tak lawak pon sebenarnya . Hape pon tak bleh ! HAHA .


Eh tapi kejap kejap . Macam best tahap dewa jugak tuh . Sape yang ada masa lapang and takda keja nak buat yang tengah goyang kaki tuh ke boleh laa buat entri korang and kasi link korang kat mana mana lah . Eh eh jangan kat mana mana . Nanti kang tak pasal pasal korang letak kat blog orang lain . Tak ke parahh tuh . Haha . Si tuan punya blog tu pon kompem tekejut babun ngan entri korg yang datang mengejut tak bagi salam tuh .


Dan untuk mengelakkan kejadian ' Seorang blogger mati terkejut akibat buih buih cinta ' Fuhhhlamakk ! Terbaik tuh tajuk surat khabar harian metro yang bertarikh 12 ogos 2011 nanti , so aku cadangkan korang kasi link tuh kat feedback kat bawah ni okay ? Right .

Tujuan idea entri Buih buih cinta yang datang petik lampu otak aku nih bukanlah satu contest or pertandingan yang selalu dibuat kat blog blog tuh . Nama pon suka suka . So apa ada hal ? Haha . Siapa yang try buat entri untuk aku tuh AKU SAYANG KORANG SANGAT SANGAT ! Hehe . Tujuan asal sebenarnya nak tambah lagi follower aku . Almaklum lah aku kan newbie kat dunia blogging nih . Siapa yang dah pro tuh jangan lupa support and kasi tunjuk ajar kat aku okay ? Hihi .


Okay . Aku tau aku dah banyak merepek dah ni . Haha . Sedar pon deeja . Ingatkan tak sedar lagi . If tak sedar , aku boleh kasi kaki . (ouh.merepek lagi)




Jap . Nak focus jap





Belum lagi






Okay . Kita mula kan semula . 

Buih buih cinta ?
Apa itu buih buih cinta ?
Buku cerita ea ?
Ke perasaan aku sekarang ni ?

Buih buih cinta yang aku maksudkan ialah NI HAA YANG KAT CURSOR AKU NIH . Haha . Laa.,ingatkan ape tadi . Tertipu tak ? MAAP!MAAP!MAAP! (ala ala nabil) Haha . Cun tak bubble nih ? Yang biasa kita tengok kan jenis sparkle bintang bintang kecil ala tongkat sakti nenek kebayan kan . So sekarang try bende baru pulak . Buih buih nihh naik ke atas and bile korang gerak gerak kan cursor nih penuh lah page dengan bubble bubble tomey tayang bucuk bacin nihh . Hihi . So kiut ^.^

Credit to nunayounique dan syuesyada . Thanks korang banyak membantu . I do love korang punya tutorial . Nice . Kalau you all nak usha blog dorang , click tag name dorang tuh okay ? perfect !


Jangan lupa taw entri Buih buih cinta tuh . i mean it . So pleassseeeee . . . hihi . (buat muka comel nak ambil hati pembaca) tak ada tarikh luput . Agak agak korang free , blog budak tak makan sayur ni sedia terima bila bila je korang nak hantar . Nak juga aku baca karya karya korang yang hebat , gojius , owsemm , meletop , dan seangkatan dengan nya lah . Hehe .


SEKIAN THANK YOU !

JEMPUTAN KAHWIN



hai hai bloggers.


Post kali ni berkaitan seorang senior yang aku kenal setahun yang lepas. Perkenalan kiteorg tak lah serapat mana. Aku menghormatinya sebagai seorang senior. Banyak yang aku pelajari dari kakak tuh. Nama kakak tuh Taqiah bt Adanan. Kiteorg kenal masa belajar sama sama kat Kolej Komuniti YPJ Segamat. Hmm jangan tanya kenapa aku belajar kat sanalah. Mau 3 hari aku cerita tak habis habis. Lagi pun aku belajar kat sana pon tak habis. Ape ade hal. Tak payah nak kecoh sangat lerr. Haha. Berbalik cerita tadi,akak tuh memang cun melecun. Mau semua laki cair bila sekali pandang. Dua kali pandang aku tak sure lah cair lagi ke tak. Entah entah terus beku dibawah takat beku kosong darjah celcius. Eh nampak bebeno tipunye. Haha. Semua warga kolej kenal dia. But dieorg takda lah nak usha usha bagai. Tak pasal pasal ade jugak kene plangkung gune gayung. Hape pon tak bleh !


Em aku pernah dengar yang kakak nih da pun bertunang but tak kompem lah betul ke tidak. So satu hari tuh aku pon beranikan diri nak tanya sendiri kat akak tuh. Cehh.,berani lah sangat kan.


A : Akak,kat jari tuh cincin tunang ea?
T : Aah. (sambil pegang cincin kat jari manis die)
A : Er (tak sempat cakap apa apa)
T : Ntah laa dik. Akak pon tak tahulah.
A : Kenapa kak? Macam sedih jek? Bukan ke patutnya akak happy. Kite tengok die macam baik jek sebab die selalu call akak. (saje ayat ambik hati.walhal tunang die pon aku tak kenal yang mane satu.haha)
T : Tuh bukan tunang akak.
A : (Glurp!)


Lepas hari tuh aku tak pernah nak bukak cerita cinta muka buku ke hape kat dia. Takut tersinggung laa katakan. Em tapi life akak tuh happy jer. Nothing to worried kot maybe. Dah agak agak 5 month aku kat sana,tiba tiba aku dapat surat tawaran sambung belajar kat Kolej Matrikulasi Selangor. Relation aku and kakak tuh pon semakin dilupakan. Isk isk sedihh sekejap.





Semalam aku terkamjat terkejut plus terperanjat so jadilah terkamjat berok mak nyeh yerr. Mane taknya,a letter from Mersing fly me to the moon (ceh ayat tak bleh bla.hha) terus masuk peti box number 257.







Cantik kad walimatul urus nihh



For kakak Taqiah,
TAHNIAH akak ! kite tak sangka akk akan kawen secepat nih. hihi. pada kita,akak terlalu muda if nak fikir soal kawen. akak pandai cari duit sendiri. macam macam akak boleh buat. akak ada bakat yang orang lain tak ada. tapi kenapa akak tak majukan diri akak dulu dengan perkara perkara yang akak minat. eh ni surat ucap tahniah ke surat bantah perkahwinan nihh?? haha. takde lah.kite just nak akak nikmati zaman bujang dengan sepuasnya dulu. em kita yakin akak lakukan yang terbaik. akak kan HEBAT ! hihi. em actually kita nak mintak maaf sangat sangat sebab tak dapat datang majlis persandingan akak nanti. minta maaf sangat sangat. 17 september tuh kita dah pon ada kat Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akak,tengs sangat bagi kad yang gempak kebab0o nihh. i like it <3 Akak,kita harap akak hidup bahagia disamping suami tercinta nanti. hidup berumah tangga nihh besar dugaan dan cabarannya. sentiasalah bertolak ansur dan hormat menghormati antara satu sama lain. dan akhir sekali doa.sentiasalah berdoa kepadaNya agar kak taqiah dan suami dicucuri rahmat hendaknye. eh da macam ayat org meninggal laa pulokk. haha.



Eh sudah sudah laa tuh. Makin lame makin panjang aku merepek kang. Dah lerr ayat aku sejak dua menjak reti tulis surat nihh macam anak tok imam lebai manap. Haisehh.,parah parah. Hhaa.


sayang kakak !

" Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasnya,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasnya,
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
Dekat pada lengan untuk dilindunginya dan
Dekat dihati untuk dicintainya.. "


today

8:50 pagi : sedang sedap diulit mimpi tiba tiba nunayounique call
"jom keluar"
"aku ambil kau kat rumah"

 "Don't walk in front of me, I may not follow.
Don't walk behind me, I may not lead.
Walk beside me and be my friend."
- Albert Camus (also attributed to Maimonidies).

THANKS KAWAN !

A letter

assalamualaikum.,

kehadapan rakan rakan yang berada jauh dari pandangan mata . adakah rakan rakan sekalian sihat ? saya harap rakan rakan sihat wal'afiat di samping keluarga tercinta . saya disini sihat sihat sahaja . apakan perkembangan terbaru rakan rakan sekalian ? saya disini sedang sibuk menyiapkan diri untuk menhadapi peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi . tujuan sebenar saya menitipkan warkah ini adalah kerana saya amat merindui rakan rakan sekalian . diharap kalian juga merindui saya . sekian sajalah warkah yang dapat saya coretkan . semoga bertemu di warkah yang akan datang . wasalam .

yang benar,
deeja

If korang semua nak tahu inilah contoh surat ala ala nerd plus skema plus retro.aku belajar masa tengah hingus hingus kat darjah 2.haha.lepas tuh sibuk tulis banyak banyak sampai habis satu buku latihan bahasa melayu sebab nak bagi kat mak ayah.walhal duduk serumah.tak cukup buku latihan bahasa melayu,buku latihan matematik yang kotak kotak besar tuh pun jadi.haha.orang sudah pandai tulis surat laa katakan.mane yang gatal sikit tuh mula lah tulis kat pakwe.eh tipu bebenolah tuh.darjah dua mana ada pakwe makwe nih.ABC pon tak khatam lagi dah nak bercintan cintun.eh ade yang terasa ke?ade.adik aku!sibuk dengan makwe dia.skali aku bagi tangan terus bisu seribu bahasa baru padan muka.

Bebalik pasal surat di atas tadi,cuba try tengok :

1st : perlu ke tulis kehadapan?kenapa tak kebelakang ke,ke U-turn ke,ke simpang tiga ke?

2nd : wajib tanya sihat ke tak?kalau hantar surat mahu ambil masa seminggu.tuh pon kalau rumah tak dok 'ceruk' laa kan.yang mengambil masa 10 jam perjalanan plus kena buat passport and naik rakit segala bagai tuh kan.haha.so kata lah surat sampai 9 julai.penerima balas pada tarikh 10 julai yang dia sihat or telebih sihat ke kan.then kita recieve balik 15 julai.punyalah happy dengar si penerima tuh sihat skali tup tup denga "eh dia da lama meninggal.seminggu yg lepass.cik bedah tak tahu ke??" so tak perlu lah tanye sihat ke tak..

3rd : 'saya disini sedang sibuk menyiapkan diri untuk menhadapi peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi' ntah mane ntah datang nya exam tuh cik deeja oii.setahu aku sekarang kau tengah melepak melanguk kat rumah.sshuuutt.saja saja tambah ayat penyedap.sedap bangg?seddaaappp..

4rd : em takda makna lah nak jumpa di warkah yang akan datang kan..sekarang semua pakai phone.xde handphone,publicphone pon ada.kalau kaya banyak pakai iphone.kalau kaya sederhana pakai blackberry and kalau kaya sikit boleh jek pakai henset baling hanjing.haha.yang penting sume guna phone lah.ade sesapa kat sini still pakai surat?ce cuba angkat tangan macam saya.haha.ala ala usop wilcha pulok dahh.

5rd : bab rindu tuh setuju.sape yang tak rindu kenangan dulu kan.

credit t0o : nuna hidayah.ashmir aizad.hamzah ghani.aku memang seronok kene nganjeng duduk ceruk.haha.




 
aku pon tak tahu kenapa post aku kali ni panjang semacam.
actually aku just nak post gambar gambar ni.
okay lah.its already publish pon.haha.



today is thursday

hai dear diary.,
TODAY IS THURSDAY :)

actually takde ape nak story.tengah bosann nihh.
ermm..,,err,,,....hmm...,,,,,,,,,

tadi ade bace blog si nunayounique nihh.
'HAPE PON TAK BLEH!haha.lame tak dengar cerita cikgu mokta pak tam entah sape entah lagi yang kau jumpe tuh..hmm.,i admit yang miss gila gila kat semua cikgu SERI KENANGAN'

PAPEPON,tengokk nihhh!!tak malu tak puase.eeeeeeee....



ini pula kawan saya :



selamat malam bloggerss

such a tough day

pfuuhh..
memang tepat tajuk post nihh.memang bebetul tuff lah aku hadap hari ni.mana taknya,,pagi pagi je dah kena kejut.jeling jeling jam sikit baru pukul 8am.awal lagii..ehh awal ke?em pada aku awal laa..haha.

things to do :

1.pergi bank BSN                                   
   beli number pin ptptn.                                                   

2.pergi pejabat pos
   beli 2 keping setem hasil RM10.

3.pergi JPN
   buat mykad baru.

semua tempat FORMAL.
semua tempat KENA AMBIL NOMBOR GILIRAN
semua tempat AKU BENCI NAK JEJAKKAN KAKI

masa kat JPN tu cap jari aku  tak sama.puas kakak tuh try.lepas kanan dia try kiri pulak.but tetap tak sama.so aku nak je cakap 'takpelah kak.saya boleh guna ic nihh sampai tua' haha.bayangkan ic muka 12tahun nak guna sampai tua.bhahaha.mmg tak ah kan.then akak tuh pun suruh aku terus pergi kat kaunter ambil gamba tuh.pak cik tuh try banyak kali tetap tak sama juga.aku dah BUNTU.si pakcik tuh boleh pulak marah marah.dia kata ic aku palsu.perghh agak agak lahh pakcikk apabila berkata kata.pulak tuh siap bagi bonus pandangan tajam angle13.panass jek aku tengok.saja nak aku buat dosa keringg siang siang hari kn?hishh.em try n try last last jari kiri aku sama.alhamdulillah laa kan.dapat laa aku tukar mykad baru.hihi


hurmm.,such a tough dayy kn?piti of me :( huhu.
and dah tengahari tuh perut aku lapaaa sangat sangat.hmm memang sadiss sungguh hari ni!kesian tak kat aku?sian kan?kan?em pulak tuh kan,aku kene marah dengan ayah sebab memotong kat bukit.kereta depan tuh yg lembab.sapa suruh.huhuhuhu.and then aku dengar ayah aku membebel jelaa.SORRY AYAH.PROMISE TAK BUAT LAGI.

-tamat-

indahnya cinta.LOL

cakk!!
haha.sengal jap.
em first skali nak ckp jgn PK PAPE pasal gamba nihh.
HAHAHAHA =)) ROTFL.

erm.,penah denga lagu Indahnya Cinta by Nidji?
if tak penah cuba try link nihh : http://www.youtube.com/watch?v=uIz3YFOGZj8&feature=related

actly 1st time denga lagu nihh kat astro prima.if tak silap astro kan ade pakej mustika,super pakej n banyak lagi.then sekarang astro ade launch 1 lagi pakej : INDO PEK . em mesti korg tetanye tanye n blur ape kaitan lagu tuh with indo pek nihh kan?haha.aku kan lau becerite tak reti nak pendek pendek.so yang tak penting pon aku nak cakap.bhahahha :D okeh dah sudah deeja.bebalik cite sal lagu tadi,INDAHNYA CINTA tuh kire ost pakej indo pek tu laa..lepass denga jek aku terus tetarik ngan lagu tuhh.at that time jugak aku download.bhahahha.gelojoh deeja!selekehh.haha.
TUP TUP dah jadi massage tone for blackberry aku.haha.cepat giless kalah kilat.if org text jep msti aku biar dulu.tunggu lagu tuh habiss baru reply.so sape yg text aku tapi aku lambat reply soory kehh.kat sini ade reasonnye.hihi.

krooohh kroohh.testing testing,
uhukk.ehemmm ehemm.
aku nak nyanyi nihh.sedie pasang telinge!

Oh jiwa muda
Mudah bercinta
Mudah putus juga

Hidup di dunia sementara
Pencarian di hati janganlah berhenti
Hai jiwa muda cepat kejar cinta

Indahnya bercinta saat muda
Indahnya bercinta di dunia
Indahnya bercinta sampai tua
Cinta masa muda
Cinta paling indah

Oh jiwa muda
Jangan sampai mudah menyerah
Semua demi cinta
Hai jiwa muda pertahankan cinta

Indahnya bercinta saat muda
Indahnya bercinta di dunia
Indahnya bercinta sampai tua

Cinta masa muda
Cinta paling indah

Cinta bukan permainan belaka
Cinta memang harus kita jaga
Cinta memang takkan pernah habisnya

Cinta bukan permainan belaka
Cinta memang harus kita jaga
Cinta memang takkan pernah habisnya

Indahnya bercinta saat muda
Indahnya bercinta di dunia
Indahnya bercinta sampai tua
Cinta masa muda
Cinta paling indah
Menghiasi jiwa untuk selamanya
Cinta masa muda


-the end-

first ramadhan

SALAM MUBARAK RAKAN RAKAN


hai haii semua..hari ni 1st puasa.tambah mase makan so aku ade banyaaakkkkk mase lapangg.hihi.biaselaa tuh.hari first puase jek aku da telepekk kat atas katil.haisehhh.,,lembikk betul laa deeja nihh.haha.diary,puase tak?cecehhhh.xposelaa tuh.huh.nak tau tak?pagi tadi aku sahur lauk puyuh sambal then tak smpai 20 minit makan aku da diserang sakit perut.huhu.habis keluar semuanye.so ape jek tinggal dlm perot?? -.-" hurmm..puase kat rumah lain sangat rase if nk banding kat hostel.for ur info dear diary.,since 13yrsold aku puasa kat hostel.n tahun ni lah 1st time aku puase kat rumah for the whole month.hihi.em habis laa aku..godaan kat rumah banyak w0oo...lagi2 if tengok cina makan.huh.betul betul dugaan.hahahaha.


haii sabo jelaa hati oii.